E-FOLIO
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN
TAJUK: SUKAN DAN PERPADUAN
E-FOLIO
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN
TAJUK: SUKAN DAN PERPADUAN
PROGRAM : DEP - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)
NAMA PENSYARAH : PUAN WAN MARIATI BINTI ABD KADIR
SESI : SEMESTER 2 TAHUN 2021/2022
NAMA PELAJAR |
NO.PENDAFTARAN |
NURUL AWANIS NAJWA BT MUHAMAD YAKI |
04DEP21F1027 |
TUAN NABILAH BT TUAN ISMAIL |
04DEP21F1005 |
MOHD RUZAIMI BIN MAT JUNA |
|
MUHAMMAD AIQKAL BIN RAZALI |
|
MOHAMAD AZAM BAIHAQI BIN MOHD PAKRURRAZI |
|
BIL. |
PERKARA |
1 |
PENGHARGAAN |
2 |
PENGENALAN |
3 |
TOPIK : 1.0 SUKAN MALAYSIA 1.1 PERANAN
SUKAN DARI SEGI PERPADUAN 1.2 CONTOH-CONTOH
SUKAN 1.3 IKON PERPADUAN DALAM SUKAN 1.4 SUKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 1.5 MANFAAT-MANFAAT SUKAN TERHADAP PERPADUAN |
4 |
RUMUSAN |
Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Dipanjatkan rasa kesyukuran kepada Ilahi kerana memberikan keberkatan
kepada kami sekumpulan dalam menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan
dengan jayanya.
Sebagai mukaddimah,kami sekumpulan
ingin menzahirkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu,Puan Wan Mariati Bt Abd Kadir kerana telah banyak membimbing
dan memberi bantuan kepada kami dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini
dengan sangat baik. Beliau juga telah membantu menjawab segala pertanyataan yang
diajukan dan menjelaskan kekeliruan kami tanpa jemu.
Seterusnya,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sekumpulan
saya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah memberi kerjasama dalam usaha
untuk menyiapkan blog ini. Walaupun kami kadangkala bertentangan pendapat tetapi
akhirnya memberi kata sepakat yang baik untuk memastikan usaha kami disiapkan
dengan jayanya.Saya dan rakan seperjuangan
juga tidak lupa untuk memberikan ucapan terima kasih kepada rakan
sekelas yang lain di atas apa sahaja pertolongan yang diberikan ketika kami
menghadapi cabaran kerana jujurnya, tugasan yang dipertanggung jawabkan tidak
mudah.
Ketua Kumpulan
Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan
dalam memupuk perpaduan antara kaum. Biarpun berlainan kefahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika
menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh
dihapuskan. Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya (Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia) bertanding, semua sempadan
terhapus dengan sendirinya kerana kita saling bersorak untuk menyokong agar
kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.
Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu tujuan dan harapan
agar Harimau Malaya dapat menang. Apabila
kalah ataupun menang kita akan
sentiasa bersama dalam berbahagi suka dan duka. Sukan juga dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen
perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada
masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.
Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara
kaum, menanam rasa cinta kepada negara,bersama berganding bahu untuk meningkatkan nama negara ke seluruh pelosok
dunia dan
sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 berkata, program perpaduan dan sukan secara inklusif serta komprehensif akan dipergiat bagi memperkukuh kesepaduan Keluarga Malaysia. Ini demi perpaduan rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa selain integrasi nasional silang budaya serta merentasi ideologi politik, adalah tunjang kekuatan sebagai sebuah Keluarga Malaysia.
Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira
ideologi dan menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan
aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu sahaja kerana ianya peluang yang dibuka seluas-luasnya bagi mereka yang berminat dalam bidang ini.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan
mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada
peringat awal.Kemudian SUKMA mula diadakan pada setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara negeri yang ada di Malaysia.Aktiviti
sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain ataupun penonton.
Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan dibawah anjuran
Majlis Sukan Negara Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis
Sukan Polis Diraja Malaysia. Seterusnya,Sukan ini juga merupakan kejohanan
"beraneka sukan" (Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini
Sukan Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.
1) BOLA SEPAK
2) BADMINTON
3) BOLA JARING
4) MEMANAH
5) RAGBI
6)BOLA BALING
7)BERENANG
8)ANGKAT BERAT
9)LUMBA BASIKAL
BOLA SEPAK
Bola Sepak sebagai ejen penyatuan perpaduan kaum
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali memperluaskan sukan bola sepak yang terbukti sebagai ejen paling ampuh dalam penyatuan,perpaduan dan pembina negara untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu dapat dilihat melalui pembentukan pasukan kebangsaan pada era 1950-an hingga 90-an dan percaya dengan kerjasama seluruh masyarakat bukan Melayu,Zaman kegemilangan itu akan dapat dikembalikan.
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM juga mengalakkan masyarakat Cina untuk menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping menjadikan bola sepak sebagai satu pilihan kerjaya anak-anak mereka.Perbezaan kaum bukanlah penghalang bagi mereka yang betul-betul berminat untuk menjadi pemain bola sepak.
BADMINTON
BIODATA DATUK LEE CHONG WEI
Nama penuh: Lee Chong Wei
Tarikh Lahir:21 Oktober 1982
Tempat Lahir: Pulau Pinang,Malaysia
Kerjaya:Pemain Badminton Keseorangan Lelaki
PENCAPAIAN
1)SUKAN SEA 2005 DI MANILA
2)SUKAN OLIMPIK RIO 2016
RUMUSAN
Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara kita ialah contoh dalam sukan badminton yang telah mendapat nama di peringkat tinggi iaitu Dato' Lee Chong Wei. Beliau telah mengharumkan nama negara Malaysia dengan menyertai sukan ini. Selain itu,perpaduan antara kaum dapat dilihat antara satu sama lain. Pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina telah berganding bahu untuk memberi sokongan yang padu kepada Dato' Lee Chong Wei dalam sukan badminton ini. Hal yang demikian menjelaskan bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam negara kita.
AKUATIK
Nama penuh :Pandelela Rinong anak Pamg
Lahir : 2 Mac 1993, Kampung Jugan,Bau,Sarawak,Malaysia
Kerjaya : Atlet Malaysia bagi acara terjun wanita
PENCAPAIAN
1) Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London
Beliau menjadi wanita pertama Malaysia yang menjadi pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas di London dan mencatat sejarah sebagai atlet Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita dan atlet Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.
2) Sukan Asia Tenggara 2007,Thailand
Di Thailand,Pandelela memenangi pingat emas dalam dalam platform serentak 10m dengan Cheong Jun Hoong.
3) Kejohanan Akuatik Dunia 2009
Beliau memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter bersama dengan Leong Mun Yee.
RUMUSAN
Sukan dapat menyatukan rakyat tidak kira bangsa atau agama.Sukan juga memberi kita peluang untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bekerjasama dalam mengharumkan nama negara ke seluruh pelusuk dunia.