Jumaat, 29 April 2022

PENGHARGAAN

 

        Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dipanjatkan rasa kesyukuran kepada Ilahi kerana memberikan keberkatan kepada kami sekumpulan dalam menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan jayanya.

        Sebagai mukaddimah,kami sekumpulan ingin menzahirkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu,Puan Wan Mariati Bt Abd Kadir kerana telah banyak membimbing  dan memberi bantuan kepada kami dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini dengan sangat baik. Beliau juga telah membantu menjawab segala pertanyataan yang diajukan dan menjelaskan kekeliruan kami tanpa jemu.

        Seterusnya,saya juga ingin mengucapkan  terima kasih kepada semua rakan sekumpulan saya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah memberi kerjasama dalam usaha untuk menyiapkan blog ini. Walaupun kami kadangkala bertentangan pendapat tetapi akhirnya memberi kata sepakat yang baik untuk memastikan usaha kami disiapkan dengan jayanya.Saya dan rakan seperjuangan  juga tidak lupa untuk memberikan ucapan terima kasih kepada rakan sekelas yang lain di atas apa sahaja pertolongan yang diberikan ketika kami menghadapi cabaran kerana jujurnya, tugasan yang dipertanggung jawabkan tidak mudah.

        Akhirul kalam,saya sekali lagi  ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membuat blog ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.


Ketua Kumpulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan