Jumaat, 29 April 2022

RUMUSAN



    Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, sukan adalah perkara yang penting untuk mewujudkan perpaduan antara kaum. Seterusnya,kita dapat mengenali ramai tokoh sukan dalam pelbagai kaum. Kajian ini dilaksanakan untuk mengambil tahu sejauh mana perpaduan sukan di Politeknik Kota Bharu. Sukan amat berfaedah untuk kesihatan kerana dapat menyihatkan tubuh badan kerana segala toksin yang terdapat di dalam tubuh dapat disingkirkan melalui peluh serta dapat mencerdaskan otak sekaligus dapat menyatu padukan semua kaum yang terdapat di Malaysia.

 

    Sukan tidak mengambil peduli tentang latar belakang agama, keturunan ataupun kepercayaan. Hal ini dapat dilihat terutamanya apabila sesuatu sukan memerlukan lebih dari seorang pemain untuk dimainkan. Setiap ahli sukan akan berkerjasama untuk memenangi pertandingan tersebut. Selain itu, penonton juga akan memberi sokongan yang padu untuk memberi semangat kepada peserta pertandingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan