Jumaat, 29 April 2022

1.4 SUKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA




      Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan .Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat yang berbeza.Dalam masyarakat ringkas ataupun biasa ia mungkin berdasarkan hubungan dalam kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.

     Khususnya,,rakyat Malaysia mengamalkan sukan dalam kehidupan harian masing-masing terutamanya pada waktu petang.Tujuan mereka bersukan adalah bukan sahaja untuk menjaga kesihatan tetapi juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan rakan-rakan.Bagi generasi belia sekarang ,ramai di antara mereka yang bersukan dan beriadah mengikut kaum masing-masing tanpa mempedulikan kaum-kaum lain.Hal ini dapat dilihat di kawasan-kawasan perumahan dan banyak lagi.

      Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini..

          Sukan juga dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini kerana sukan adalah penggerak utama. Misalnya,dengan bersukan kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum serta dapat menerapkan disiplin dan jati diri dalam diri peserta. Selain itu, negara Malaysia juga telah menganjurkan pelbagai Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun di mana dapat memupuk perpaduan di kalangan pemain mahupun penonton. Di samping itu, bersukan juga dapat menghayati erti perpaduan, menghormati kaum-kaum yang lain di mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan. Tanah air yang tercinta dapat mengecapi kemajuan  malah mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan