Jumaat, 29 April 2022

TOPIK 1.0 SUKAN MALAYSIA




            Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu sahaja kerana ianya peluang yang dibuka seluas-luasnya bagi mereka yang berminat dalam bidang ini.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringat awal.Kemudian SUKMA mula diadakan pada setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara negeri yang ada di Malaysia.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain ataupun penonton.

          Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan dibawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia. Seterusnya,Sukan ini juga merupakan kejohanan "beraneka sukan" (Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.

         Seterusnya, sukan di Malaysia diadakan secara dwi tahunan, kemudian diadakan setiap tahun untuk mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan mereka secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.Ini kerana atlet-atlet remaja ini dapat dilatih dengan lebih teliti agar bakat yang ada tidak disia-siakan dengan begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan