Jumaat, 29 April 2022

Efolio Kumpulan 4 DEP2B Sesi 2 Tahun 2021/2022

 




POLITEKNIK KOTA BHARU

 

 

 

 

 

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SESI 2 TAHUN 2021/2022




E-FOLIO

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN

 TAJUK: SUKAN DAN PERPADUAN

 




 

PROGRAM : DEP - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI)

NAMA PENSYARAH : PUAN WAN MARIATI BINTI ABD KADIR

SESI : SEMESTER 2 TAHUN 2021/2022

 


NAMA PELAJAR

NO.PENDAFTARAN

NURUL AWANIS NAJWA BT MUHAMAD YAKI

04DEP21F1027

TUAN NABILAH BT TUAN ISMAIL

                04DEP21F1005

MOHD RUZAIMI BIN MAT JUNA

                 04DEP21F1046

MUHAMMAD AIQKAL BIN RAZALI

                 04DEP21F1021

MOHAMAD AZAM BAIHAQI BIN MOHD PAKRURRAZI

                04DEP21F1017

 

 

 

ISI KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

1

PENGHARGAAN

2

PENGENALAN

3

TOPIK : 1.0  SUKAN MALAYSIA

              1.1   PERANAN SUKAN DARI SEGI

                      PERPADUAN

              1.2   CONTOH-CONTOH SUKAN

              1.3    IKON PERPADUAN DALAM SUKAN

              1.4    SUKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN                           KAUM DI MALAYSIA

              1.5   MANFAAT-MANFAAT SUKAN                                         TERHADAP PERPADUAN 

4

RUMUSAN

 


 

PENGHARGAAN

 

        Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dipanjatkan rasa kesyukuran kepada Ilahi kerana memberikan keberkatan kepada kami sekumpulan dalam menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan jayanya.

        Sebagai mukaddimah,kami sekumpulan ingin menzahirkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu,Puan Wan Mariati Bt Abd Kadir kerana telah banyak membimbing  dan memberi bantuan kepada kami dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini dengan sangat baik. Beliau juga telah membantu menjawab segala pertanyataan yang diajukan dan menjelaskan kekeliruan kami tanpa jemu.

        Seterusnya,saya juga ingin mengucapkan  terima kasih kepada semua rakan sekumpulan saya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah memberi kerjasama dalam usaha untuk menyiapkan blog ini. Walaupun kami kadangkala bertentangan pendapat tetapi akhirnya memberi kata sepakat yang baik untuk memastikan usaha kami disiapkan dengan jayanya.Saya dan rakan seperjuangan  juga tidak lupa untuk memberikan ucapan terima kasih kepada rakan sekelas yang lain di atas apa sahaja pertolongan yang diberikan ketika kami menghadapi cabaran kerana Jujurnya,tugasan yang dipertaggungjawabkan tidak mudah.

        Akhirul kalam,saya sekali lagi  ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membuat blog ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

 

Ketua Kumpulan

 

 



PENGENALAN



          Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Biarpun berlainan kefahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan. Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya (Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia) bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita saling bersorak untuk menyokong agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.

          Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu tujuan dan harapan agar Harimau Malaya dapat menang. Apabila kalah ataupun menang kita akan sentiasa bersama dalam berbahagi suka dan duka. Sukan juga dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.

          Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara,bersama berganding bahu untuk meningkatkan nama negara ke seluruh pelosok dunia dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.

          Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 berkata, program perpaduan dan sukan secara inklusif serta komprehensif akan dipergiat bagi memperkukuh kesepaduan Keluarga Malaysia. Ini demi perpaduan rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa selain integrasi nasional silang budaya serta merentasi ideologi politik, adalah tunjang kekuatan sebagai sebuah Keluarga Malaysia.

 

 



 TOPIK 1.0 SUKAN MALAYSIA



            Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu sahaja kerana ianya peluang yang dibuka seluas-luasnya bagi mereka yang berminat dalam bidang ini.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringat awal.Kemudian SUKMA mula diadakan pada setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara negeri yang ada di Malaysia.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain ataupun penonton.

          Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan dibawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia. Seterusnya,Sukan ini juga merupakan kejohanan "beraneka sukan" (Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.

         Seterusnya, sukan di Malaysia diadakan secara dwi tahunan, kemudian diadakan setiap tahun untuk mencungkibakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan mereka secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.Ini kerana atlet-atlet remaja ini dapat dilatih dengan lebih teliti agar bakat yang ada tidak disia-siakan dengan begitu sahaja.

 

 

 

 1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN



  • Sukan sebagai alat perpaduan bagi negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.
  • Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain tanpa mengira bangsa ataupun agama.
  • Aktiviti sukan dapat memberi peluang kepada rakyat untuk saling bekerjasama tanpa mengira kaum.
  • Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara lain

 

 



1.2 CONTOH-CONTOH SUKAN



 

1) BOLA SEPAK

2) BADMINTON

3) BOLA JARING

4) MEMANAH

5) RAGBI

6)BOLA BALING

7)BERENANG

8)ANGKAT BERAT

9)LUMBA BASIKAL

10)BOLA TAMPAR

 

 


 1.3 IKON PERPADUAN DALAM SUKAN

BOLA SEPAK


Bola Sepak sebagai ejen penyatuan perpaduan kaum

        Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali memperluaskan sukan bola sepak yang terbukti sebagai ejen paling ampuh dalam penyatuan,perpaduan dan pembina negara untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu dapat dilihat melalui pembentukan pasukan kebangsaan pada era 1950-an hingga 90-an dan percaya dengan kerjasama seluruh masyarakat bukan Melayu,Zaman kegemilangan itu akan dapat dikembalikan.

Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM juga mengalakkan masyarakat Cina untuk menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping menjadikan bola sepak sebagai satu pilihan kerjaya anak-anak mereka.Perbezaan kaum bukanlah penghalang bagi mereka yang betul-betul berminat untuk menjadi pemain bola sepak.



                             BADMINTON                           

 

 



 BIODATA DATUK LEE CHONG WEI

Nama penuh: Lee Chong Wei

Tarikh Lahir:21 Oktober 1982

Tempat Lahir: Pulau Pinang,Malaysia

Kerjaya:Pemain Badminton Keseorangan Lelaki 

 

PENCAPAIAN

1)SUKAN SEA 2005 DI MANILA



  • Dato' Lee Chong Wei telah membanggakan nama Malaysia setelah mendapat tempat ke-2 pada aksi final di sukan SEA 2005 di Manila.

 

2)SUKAN OLIMPIK RIO 2016

 



  • Pingat Perak milik Malaysia dan ia masih juga satu kebanggaan buat negara dalam perjuangan mengharumkan nama negara di Temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio.

 

RUMUSAN

 

           Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara kita ialah contoh dalam sukan badminton yang telah mendapat nama di peringkat tinggi iaitu Dato' Lee Chong Wei. Beliau telah mengharumkan nama negara Malaysia dengan menyertai sukan ini. Selain itu,perpaduan antara kaum dapat dilihat antara satu sama lain. Pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina telah berganding bahu untuk memberi sokongan yang padu kepada Dato' Lee Chong Wei dalam sukan badminton ini. Hal yang demikian menjelaskan bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam negara kita.

 

 

 

AKUATIK

    


Nama penuh :Pandelela Rinong anak Pamg

Lahir : 2 Mac 1993, Kampung Jugan,Bau,Sarawak,Malaysia

Kerjaya : Atlet Malaysia bagi acara terjun wanita

PENCAPAIAN

1)    Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London

Beliau menjadi wanita pertama Malaysia yang menjadi pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas di London dan mencatat sejarah sebagai atlet Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita dan atlet Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.

             


2)    Sukan Asia Tenggara 2007,Thailand

Di Thailand,Pandelela memenangi pingat emas dalam dalam platform serentak 10m dengan Cheong Jun Hoong.

3)    Kejohanan Akuatik Dunia 2009

Beliau memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter bersama dengan Leong Mun Yee.

RUMUSAN

Sukan dapat menyatukan rakyat tidak kira bangsa atau agama.Sukan juga memberi kita peluang untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bekerjasama dalam mengharumkan nama negara ke seluruh pelosok dunia.

 

 

 

1.4 SUKAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA



      Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakatataupun kumpulan .Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat yang berbeza.Dalam masyarakat ringkasataupun biasa ia mungkin berdasarkan hubungan dalam kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.

     Khususnya,,rakyat Malaysia mengamalkan sukan dalam kehidupan harian masing-masing terutamanya pada waktu petang.Tujuan mereka bersukan adalah bukan sahaja untuk menjaga kesihatan tetapi juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan rakan-rakan.Bagi generasi belia sekarang ,ramai di antara mereka yang bersukan dan beriadah mengikut kaum masing-masing tanpa mempedulikan kaum-kaum lain.Hal ini dapat dilihat di kawasan-kawasan perumahan dan banyak lagi.

      Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.

          Sukan juga dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini kerana sukan adalah penggerak utama ,Misalnya,dengan bersukan kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim anatara kaum serta dapat menerapkan disiplin dan jati diri dalam diri peserta.Selain itu,negara Malaysia juga telah menganjurkan pelbagai Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun di mana dapat memupuk perpaduan di kalangan pemain mahupun penonton.Di samping itu,bersukan juga dapat menghayati erti perpaduan ,menghormati kaum-kaum yang lain di mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan.Tanah air yang tercinta dapat mengecapi kemajuan  malah mampu bersaing dengan negara-negara lain.




1.5 MANFAAT-MANFAAT SUKAN TERHADAP PERPADUAN



      Manfaat-manfaatnya dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaiu manfaat-manfaat kepada individu,masyarakat,antarabangsa dan ekonomi.

      Dari segi individu, sukan menyumbang kepada pembentukan disiplin dalam diri setiap individu, kesedaran diri dan berdaya saing, lebih cerdas dan cergas serta pandai menguruskan masa lapang secara berfaedah, meningkatkan keamhiran berkomunikasi dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks. 

     Dari segi masyarakat, sukan memberi sumbangan  kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.

    Dari segi antarabangsa, sukan menyumbang kepada mewujudkan hubungan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara. 

Dari segi ekonomi, sukan merupakan  satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.





RUMUSAN



    Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,sukan adalah perkara yang penting untuk mewujudkan perpaduan antara kaum.Seterusnya,kita dapat mengenali ramai tokoh sukan dalam pelbagai kaum.kajian ini dilaksanakan untuk mengambil tahu sejauh mana perpaduan sukan di Politeknik Kota Bharu.Sukan amat berfaedah untuk kesihatan kerana dapat menyihatkan tubuh badan kerana segala toksin yang terdapat di dalam tubuh dapat disingkirkan melalui peluh serta dapat mencerdaskan otak sekali gus dapat menyatupadukan semua kaum yang terdapat di Malaysia.

 

    Sukan tidak mengambil peduli tentang latar belakang agama,keturunan ataupun kepercayaan.Hal ini dapat dilihat terutamanya apabila sesuatu sukan memerlukan lebih dari seorang pemain untuk dimainkan.Setiap ahli sukan akan berkerjasama untuk memenangi pertandingan tersebut.Selain itu,penonton juga akan memberi sokongan yang padu untuk memberi semangat kepada peserta pertandingan.





BAHAN RUJUKAN

1) https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar_Perpaduan_Negara-1.pdf

2) https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2020/03/10/perpaduan-perpaduan-dalam-sektor-sukan/

3) https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandelela_Rinong

4) https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_sukan

5) https://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei


Tiada ulasan:

Catat Ulasan