BOLA SEPAK
Bola Sepak sebagai ejen penyatuan perpaduan kaum
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali memperluaskan sukan bola sepak yang terbukti sebagai ejen paling ampuh dalam penyatuan,perpaduan dan pembina negara untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu dapat dilihat melalui pembentukan pasukan kebangsaan pada era 1950-an hingga 90-an dan percaya dengan kerjasama seluruh masyarakat bukan Melayu,Zaman kegemilangan itu akan dapat dikembalikan.
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM juga mengalakkan masyarakat Cina untuk menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping menjadikan bola sepak sebagai satu pilihan kerjaya anak-anak mereka.Perbezaan kaum bukanlah penghalang bagi mereka yang betul-betul berminat untuk menjadi pemain bola sepak.
BADMINTON
BIODATA DATUK LEE CHONG WEI
Nama penuh: Lee Chong Wei
Tarikh Lahir:21 Oktober 1982
Tempat Lahir: Pulau Pinang,Malaysia
Kerjaya:Pemain Badminton Keseorangan Lelaki
PENCAPAIAN
1)SUKAN SEA 2005 DI MANILA
- Dato' Lee Chong Wei telah membanggakan nama Malaysia setelah mendapat tempat ke-2 pada aksi final di sukan SEA 2005 di Manila.
2)SUKAN OLIMPIK RIO 2016
- Pingat Perak milik Malaysia dan ia masih juga satu kebanggaan buat negara dalam perjuangan mengharumkan nama negara di Temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio.
RUMUSAN
Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara kita ialah contoh dalam sukan badminton yang telah mendapat nama di peringkat tinggi iaitu Dato' Lee Chong Wei. Beliau telah mengharumkan nama negara Malaysia dengan menyertai sukan ini. Selain itu,perpaduan antara kaum dapat dilihat antara satu sama lain. Pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina telah berganding bahu untuk memberi sokongan yang padu kepada Dato' Lee Chong Wei dalam sukan badminton ini. Hal yang demikian menjelaskan bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam negara kita.
AKUATIK
Nama penuh :Pandelela Rinong anak Pamg
Lahir : 2 Mac 1993, Kampung Jugan,Bau,Sarawak,Malaysia
Kerjaya : Atlet Malaysia bagi acara terjun wanita
PENCAPAIAN
1) Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London
Beliau menjadi wanita pertama Malaysia yang menjadi pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas di London dan mencatat sejarah sebagai atlet Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita dan atlet Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.
2) Sukan Asia Tenggara 2007,Thailand
Di Thailand,Pandelela memenangi pingat emas dalam dalam platform serentak 10m dengan Cheong Jun Hoong.
3) Kejohanan Akuatik Dunia 2009
Beliau memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter bersama dengan Leong Mun Yee.
RUMUSAN
Sukan dapat menyatukan rakyat tidak kira bangsa atau agama.Sukan juga memberi kita peluang untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bekerjasama dalam mengharumkan nama negara ke seluruh pelusuk dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan