Manfaat-manfaatnya dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaiu manfaat-manfaat kepada individu, masyarakat, antarabangsa dan ekonomi.
Dari segi individu, sukan menyumbang kepada pembentukan disiplin dalam diri setiap individu, kesedaran diri dan berdaya saing, lebih cerdas dan cergas serta pandai menguruskan masa lapang secara berfaedah, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks.
Dari segi masyarakat, sukan memberi sumbangan kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.
Dari segi antarabangsa, sukan menyumbang kepada mewujudkan hubungan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara.
Dari segi ekonomi, sukan merupakan satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan